Man United sedia lepaskan Martial, mahu bawa tonggak Barca ke Old Trafford - Stadium Malaysia
close
Football

Man United sedia lepaskan Martial, mahu bawa tonggak Barca ke Old Trafford

CA49634CA2DB410D8A8F29B8A67C715B.ashx

Tanya sahaja mana-mana penyokong Manchester United. Mereka sudah tentu masih ingat penampilan pertama Anthony Martial pada tahun 2015. Pemain muda Perancis itu masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol solo yang cukup bagus untuk membantu United meraih kemenangan pada hari itu.

Walaupun prestasi Martial tidak begitu konsisten sejak 18 bulan lepas, kebanyakan peminat United masih mahu lihat bekas penyerang Monaco itu di Old Trafford. Dan musim ini, walaupun Martial sering duduk di bangku simpanan, dia telah berjaya menjaringkan 5 gol dalam 9 penampilan setakat ini.

Namun, khabar angin di Eropah menyatakan bahawa Jose Mourinho masih tidak yakin dengan kebolehan Martial. Malah, Mou juga bersedia untuk melepaskan Martial sekiranya ada peluang untuk berbuat demikian.

Menurut laporan Daily Star, Barcelona telah memantau Martial untuk beberapa bulan dan bersedia membuat tawaran apabila musim perpindahan Januari dibuka.

Tetapi, United hanya akan berurusan dengan Barcelona jika pasukan Sepanyol itu bersedia bertukar pemain – Rakitic untuk Martial. Mourinho mahu menambah elemen kreativiti ke dalam pasukannya dan berasa bahawa Rakitic mampu memberi sumbangan positif.

Apa pendapat anda tentang berita ini? Adakah wajar untuk Man Utd melepaskan Anthony Martial pada bulan Januari nanti?

Tags : Anthony MartialBarcelonaIvan RakiticManchester United
Keeshaanan Sundaresan

The author Keeshaanan Sundaresan

Keesh is the Chief Editor of Stadium.MY, and has been active in the world of sports writing since 2011. Over the years Keesh's editorial portfolio includes writing for Yahoo! Sports, Sportskeeda.com, LiveSoccerTV.com, Ipoh Echo as well as AsianFootballFeast.com