Barcelona sedia dapatkan Coutinho pada bulan Januari - Stadium Malaysia
close
Football

Barcelona sedia dapatkan Coutinho pada bulan Januari

skysports-philippe-coutinho-liverpool-football_4006670

Bersedia untuk saga Coutinho episod kedua.

CEO Barcelona Oscar Grau telah menyatakan bahawa Barcelona akan membuat tawaran baru untuk pemain Liverpool, Philippe Coutinho pada bulan Januari nanti.

“Kami telah bersedia untuk mendapatkan Coutinho – atau mana-mana pemain yang diminta oleh petugas teknikal kami pada jendela perpindahan musim sejuk,” kata Grau pada hari Rabu seperti dilaporkan Daily Mirror.

Barcelona sebelum ini telah membuat tawaran setinggi £118 juta untuk mendapatkan Coutinho, namun tawaran tersebut ditolak oleh Liverpool.

CEO Barcelona, Oscar Grau mahu dapatkan Coutinho pada bulan Januari nanti. Photo credit: FCBarcelona.com

Kelab Catalan itu meramalkan bahawa keuntungan mereka akan naik £170 juta musim ini untuk menjadikan nilainya £805 juta. Dengan keuntungan tersebut, ia akan membolehkan mereka menawarkan nilai yang lebih tinggi untuk menguji kesabaran Liverpool lagi.

“Kami mahu mempunyai skuad paling kompetitif. Kelab ini akan terus kukuh, kami tidak mahu kerugian. Jika itu rancangannya, kami akan cari jalan untuk menambah pendapatan.

“Kami akan menunjukkan angka musim ini yang merupakan paling tinggi berbanding semua kelab di dunia.

“Tiada pasukan lain, termasuk di NBA dan NFL, mencapai angka ini. Kelab ini dalam jalan yang tepat untuk mencapai sasaran pada tahun 2021.”

Dengan pengumuman ini, peminat Liverpool perlu bersedia untuk jendela perpindahan musim sejuk yang panjang dan mencabar.

Seperti Motto House Of Stark dalam rancangan Game Of Thrones: “Winter is coming”.

Tags : BarcelonaCoutinhoLiverpool
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.