Bintang Man Utd tolak perpindahan lumayan ke China - Stadium Malaysia
close
Football

Bintang Man Utd tolak perpindahan lumayan ke China

download

Tidak akan ke China.

Pemain Manchester United, Juan Mata telah menolak peluang untuk mendapat gaji lumayan di China.

Wakil pemain Sepanyol itu dikhabarkan telah dihubungi oleh wakil-wakil kelab China yang berminat membawa Mata ke liga negara tersebut.

Namun, Juan Mata difahamkan telah menolak peluang tersebut dan mahu kekal di Manchester United yang akan mengaktifkan klausa tambahan satu tahun dalam kontraknya.

Kontrak Mata dan rakan senegaranya Ander Herrera akan tamat pada penghujung musim ini, tetapi United mempunyai pilihan untuk mengaktifkan tambahan 12 bulan dalam kontrak kedua-dua pemain itu.

Manchester United bakal menawarkan kontrak baru kepada Juan Mata dan Ander Herrera. Photo credit: The Independent

Manchester United juga difahamkan akan menawarkan kontrak baru kepada Mata dan Ander selepas kedua-dua pemain memainkan peranan penting sejak Mourinho menyertai kelab itu.

Bagus buat Mata kerana Mata-nya tidak dikaburi oleh wang. Kerana secara Mata-matiknya dia akan mendapat gaji lebih dari apa yang dia dapat di Manchester United jika berpindah ke China.

Tags : Ander HerreraJuan MataManchester United
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.