Pemain bintang Netherlands umum persaraan selepas gagal meraih slot Piala Dunia - Stadium Malaysia
close
Football

Pemain bintang Netherlands umum persaraan selepas gagal meraih slot Piala Dunia

nintchdbpict000359404536-e1507667303143

Hari ini merupakan hari yang amat sedih buat semua penyokong Netherlands. Bukan sahaja mereka sah tidak layak ke Piala Dunia 2018, malah salah seorang pemain terbaik dalam sejarah mereka telah mengumumkan persaraannya dari bolasepak ‘international’.

Awal pagi tadi, Netherlands bertembung dengan Sweden dalam perlawanan terakhir peringkat kelayakan Piala Dunia dan dua gol daripada Arjen Robben menghadiahkan kemenangan 2-0 untuk Oranje.

Namun, kemenangan tersebut – walaupun membantu mereka mempunyai mata yang sama dengan Sweden – tidak cukup untuk membawa mereka ke Piala Dunia kerana Sweden mempunyai perbezaan gol yang lebih bagus.

Perancis menjadi juara kumpulan dengan 23 mata daripada 10 perlawanan, manakala Sweden dan Netherlands menghabiskan kempen mereka dengan 19 mata. Malangnya untuk Netherlands, perbezaan gol mereka (+9) tidak sebagus Sweden (+17).

Lebih menyedihkan lagi adalah berita yang muncul selepas wisel penamat dibunyikan. Selepas menjaringkan dua gol di Amsterdam Arena malam semalam, Arjen Robben secara rasminya mengumumkan keputusan untuk bersara daripada pasukan Oranje. Ini bermakna Robben hanya akan bermain untuk Bayern Munich di peringkat kelab selepas ini.

Sejak membuat penampilan pertama untuk Netherlands pada tahun 2003, Robben telah berjaya menjaringkan 37 gol dalam 96 perlawanan. Pemain berusia 33 tahun itu turut membantu negaranya menjadi finalis di pentas Piala Dunia pada tahun 2010.

Salam perpisahan, Arjen Robben. Pasukan Netherlands sudah pasti akan merindui anda!

Tags : arjen robbenFIFA World CupNetherlandsSweden
Keeshaanan Sundaresan

The author Keeshaanan Sundaresan

Keesh is the Chief Editor of Stadium.MY, and has been active in the world of sports writing since 2011. Over the years Keesh's editorial portfolio includes writing for Yahoo! Sports, Sportskeeda.com, LiveSoccerTV.com, Ipoh Echo as well as AsianFootballFeast.com