Real Madrid sedia lepaskan tiga pemain untuk dapatkan Harry Kane - Stadium Malaysia
close
Football

Real Madrid sedia lepaskan tiga pemain untuk dapatkan Harry Kane

skysports-harry-kane-tottenham-arsenal-emirates_3825230

Berapakah harga Harry Kane dalam era perpindahan zaman sekarang? Tiga pemain Real Madrid.

Nampaknya itu yang mahu dilakukan oleh Los Blancos demi mendapatkan penyerang sensasi Tottenham dan England itu.

Tiga pemain yang dikhabarkan bakal ditawarkan oleh Real Madrid adalah dua bekas pemain Spurs, Gareth Bale dan Luka Modric serta penyerang Perancis, Karim Benzema.

Menurut laporan Diario Gol, Kane tidak akan dijual ke Real Madrid dengan harga kurang dari 200 juta Euro.

Gareth Bale dan Luka Modric pernah beraksi bersama Tottenham Hotspurs suatu ketika dahulu. Photo credit: Football365.com

Melihat kepada kualiti tiga pemain yang ditawarkan itu, pastinya ia sebenarnya mampu membantu Spurs dengan Bale mampu beraksi di bahagian sayap, Modric di bahagian tengah dan Benzema menggantikan Kane di bahagian serangan.

Pemergian tiga pemain ini nampaknya tidak begitu dirasai oleh Real Madrid dengan Isco lebih dari mampu menggantikan posisi Bale. Sementara bagi Modric pula, Dani Ceballos dan Mateo Kovacic pastinya mampu menggantikan tempatnya. Jika Kane dibawa masuk, pasti Benzema sukar mendapat tempat.

Jika Kane benar-benar berpindah ke Bernabeu, dia akan menyertai kumpulan elit pemain England yang menyarung jersi putih Real Madrid seperti Michael Owen, David Beckham, Steve McManaman dan ermmm….Jonathan Woodgate.

Tags : Gareth BaleHarry KaneReal Madrid
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.