Zlatan Ibrahimovic telah menetapkan tarikh 'debut kedua' untuk Man Utd - Stadium Malaysia
close
Football

Zlatan Ibrahimovic telah menetapkan tarikh ‘debut kedua’ untuk Man Utd

zlatan

Jaga-jaga Arsenal. Raja Sweden akan kembali.

Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic dijangka telah mensasarkan akan membuat penampilan semula dalam perlawanan menentang Arsenal pada 2 Disember nanti.

Pemain Sweden itu terpaksa berehat selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan Piala Eropah menentang Anderlecht pada bulan April lalu.

Zlatan terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Anderlecht April lalu. Photo credit: Daily Star

Walaupun terlepas beraksi untuk tempoh yang panjang, pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah memberikan kontrak baru kepada Zlatan dan juga nombor jersi baru, nombor 10 menggantikan Wayne Rooney.

Sebelum ini dia dijangka berehat lebih lama, namun nampaknya dia pulih lebih cepat dari dijangkakan dan dia mensasarkan perlawanan besar menentang Arsenal untuk mengumumkan ketibaannya.

Zlatan Ibrahimovic menjaringkan 28 gol dalam musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris musim lalu. Ketiadaan beliau telah digantikan dengan penampilan hebat Romelo Lukaku.

Nampaknya barisan pertahanan Arsenal perlu berkerja keras kerana mereka bukan sahaja perlu mengawal Lukaku tetapi juga Raja Sweden, Zlata Ibrahimovic.

Tags : ArsenalManchester UnitedZlatan Ibrahimovic
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.