Pemain akademi Chelsea luah kekecewaan tidak diberi peluang di Instagram - Stadium Malaysia
close
Football

Pemain akademi Chelsea luah kekecewaan tidak diberi peluang di Instagram

charly-musonda-chelsea-premier-league_3402766

Chelsea mempunyai begitu ramai pemain dari akademi yang dipinjamkan ke kelab-kelab lain. Tetapi, ramai mengetahui betapa sukarnya pemain dari akademi untuk menembus masuk ke skuad utama.

Akhirnya seorang pemain dari akademi Chelsea, Charly Musonda telah meluahkan rasa kecewanya terhadap kesukaran pemain muda menembus masuk ke skuad utama di instagramnya.

Pemain berusia 20 tahun itu telah menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya untuk Chelsea dalam kemenangan ke ats Nottingham Forest ketika beraksi di Piala Carabao pada bulan lalu.

Sejak itu, dia hanya membuat tiga penampilan dan dikhabarkan enggan menandatangani kontrak baru.

Luahan Charly Musonda di Instagram turut disokong oleh abangnya. Photo credit: Instagram

Musonda menulis di instagramnya: “Anda berkorban, anda berkerja keras, dan lagi keras, anda memberi lebih dari apa yang diharapkan, dan biasanya lebih lagi kerana anda cintakan apa yang anda lakukan dan dengan jelas lebih dari apa yang sepatutnya.

“Dan apa hasilnya? Tiada…

“Namun, dengan apa yang dikatakan ini saya akan terus memberikan dedikasi dan komitmen yang sama terhadap sukan hebat ini.”

Charly Musonda sebelum ini berharap tahun ini dia akan diberi peluang selepas dipinjamkan ke Real Betis pada musim 2015-16 dan separuh musim lalu.

Mungkin dia perlu membuat keputusan seperti beberapa bekas pemain akademi Chelsea seperti Nathaniel Chalobah (Watford), Nathan Ake (Bournemouth) dan Ruben Loftus-Cheek yang dipinjamkan ke Crystal Palace.

Tags : Charly MusondaChelsea
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.