5 pemain yang hampir menyertai Real Madrid sebelum disekat oleh Ronaldo - Stadium Malaysia
close
Football

5 pemain yang hampir menyertai Real Madrid sebelum disekat oleh Ronaldo

i

Kebolehan Real Madrid menarik bintang bolasepak untuk menyertai mereka memang tidak boleh diragui. Sejak zaman Galacticos lagi, Real sentiasa berjaya membawa bintang-bintang ternama ke Santiago Bernabeu, termasuk Cristiano Ronaldo.

Namun, sejak kebelakangan ini, ada beberapa pemain yang tidak menyertai Los Blancos, walaupun sering dikaitkan dengan mereka untuk berbulan, dan kadang kala bertahun.

Salah satu contoh adalah Kylian Mbappe. Bekas pemain Monaco itu dikatakan hampir pasti menyertai Madrid pada musim panas lalu, sebelum berhijrah ke Paris Saint Germain.

Menurut laporan Diario Gol di Sepanyol, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mempunyai cukup kuasa di Santiago Bernabeu untuk menentukan pemain mana yang dibawa masuk oleh pihak pengurusan.

Bekas pemain Manchester United itu nampaknya telah menyuruh Madrid untuk tidak membeli Mbappe. Dan selain Mbappe, antara pemain lain yang turut di’veto’ oleh Ronaldo adalah Zlatan Ibrahimovic, Robert Lewandowski, Arturo Vidal dan juga Edinson Cavani.

Laporan itu menyatakan bahawa Madrid memantau semua pemain tersebut sejak 12 bulan lepas, tetapi akhirnya tidak membuat tawaran untuk sesiapa atas permintaan Ronaldo.

Cuba anda bayangkan kekuatan pasukan Zinedine Zidane sekiranya pemain-pemain tersebut menyertai mereka?

Tags : Cristiano RonaldoKylian MbappeLos BlancosZinedine ZidaneZlatan Ibrahimovic
Keeshaanan Sundaresan

The author Keeshaanan Sundaresan

Keesh is the Chief Editor of Stadium.MY, and has been active in the world of sports writing since 2011. Over the years Keesh's editorial portfolio includes writing for Yahoo! Sports, Sportskeeda.com, LiveSoccerTV.com, Ipoh Echo as well as AsianFootballFeast.com