Kenali bintang Barcelona yang menjadi sasaran utama Wenger dan Arsenal - Stadium Malaysia
close
Football

Kenali bintang Barcelona yang menjadi sasaran utama Wenger dan Arsenal

promo328345750

Arsenal dikatakan sedang memantau beberapa pemain untuk dibawa masuk pada musim perpindahan Januari nanti, selepas permulaan kempen Liga Perdana Inggeris yang agak membimbangkan.

Setakat ini, Arsenal sudah tewas dua perlawanan, termasuk kekalahan 0-4 di tangan Liverpool. Mereka menduduki tangga ke-5 dalam carta liga, dengan 13 mata daripada 7 perlawanan pertama.

Lebih membimbangkan adalah rekod jaringan mereka – skuad kendalian Wenger hanya berjaya jaringkan 11 gol setakat ini. Kalau nak dibandingkan dengan pasukan lain, Man Utd mempunyai 21 jaringan setakat ini, manakala Man City mempunyai 22 jaringan gol.

Jadi, Wenger nampaknya sudah bersedia untuk membuka buku ceknya apabila jendela perpindahan Januari dibuka dan antara pemain yang menjadi sasaran utama untuk mereka adalah Arda Turan.

Pemain Turki itu belum lagi membuat penampilan untuk Barcelona pada musim ini, dan dikatakan sedang terdesak untuk meninggalkan Camp Nou.

Sejak berhijrah dari Atletico Madrid pada tahun 2015, Turan jarang diberi peluang dalam skuad utama dan bagi ketua jurulatih mereka, dia berada di belakang Andre Gomes, Ivan Rakitic, Paulinho dan juga Denis Suarez.

Menurut laporan Daily Star, Wenger berpendapat bahawa Turan masih boleh memberi sumbangan yang cukup besar untuk The Gunners. Selain itu, Turan juga boleh menjadi pengganti kepada Mesut Ozil dan Alexis Sanchez – dua pemain yang bakal meninggalkan Emirates apabila kontrak mereka berakhir pada hujung musim ini.

Apa pendapat anda? Wajarkah Arsenal membuat tawaran untuk Arda Turan?

Tags : Arda TuranArsenalArsene WengerBarcelona
Keeshaanan Sundaresan

The author Keeshaanan Sundaresan

Keesh is the Chief Editor of Stadium.MY, and has been active in the world of sports writing since 2011. Over the years Keesh's editorial portfolio includes writing for Yahoo! Sports, Sportskeeda.com, LiveSoccerTV.com, Ipoh Echo as well as AsianFootballFeast.com