Neymar mahu Barcelona ditendang keluar daripada Liga Juara-Juara - Stadium Malaysia
close
Football

Neymar mahu Barcelona ditendang keluar daripada Liga Juara-Juara

Paris Saint Germain v FC Girondins de Bordeaux – Ligue 1

Pemain bintang Brazil, Neymar telah secara rasminya meminta UEFA untuk menendang keluar Barcelona daripada Liga Juara-Juara Eropah atas sebab kegagalan membayar duit bonus.

Menurut laporan ESPN.com, berita ini disahkan oleh UEFA sendiri selepas wakil ejen Neymar membuat laporan rasmi terhadap Barcelona

Bekas pemain Blaugranas itu berhijrah ke Paris Saint Germain pada musim panas lepas, dengan harga perpindahan yang sah memecahkan rekod dunia – 222 juta. Tetapi, perpindahan tersebut berlaku selepas tarikh yang ditetapkan untuk Barcelona membayar ‘loyalty bonus’ yang bernilai 25.6 juta euros kepadanya.

Kelab gergasi Sepanyol itu enggan membayar bonus tersebut. Malah, mereka turut meminta Neymar untuk membuat pembayaran balik bonus yang diberikan ketika kontrak barunya ditandatangani tahun lepas. Bayaran bonus tersebut bernilai hampir 9 juta euros.

Neymar jelas tidak berpuas hati dengan situasi ini dan bekas pemain Santos itu tekad mahu melihat UEFA mengambil tindakan keras terhadap mereka. Namun, UEFA masih belum lagi memberi tindak balas rasmi terhadap laporan aduan daripada Neymar dan wakilnya.

Tags : BarcelonaNeymarPSG
Keeshaanan Sundaresan

The author Keeshaanan Sundaresan

Keesh is the Chief Editor of Stadium.MY, and has been active in the world of sports writing since 2011. Over the years Keesh's editorial portfolio includes writing for Yahoo! Sports, Sportskeeda.com, LiveSoccerTV.com, Ipoh Echo as well as AsianFootballFeast.com