VIDEO: Keylor Navas botakkan kepala jurulatih selepas Costa Rica layak ke Piala Dunia - Stadium Malaysia
close
Football

VIDEO: Keylor Navas botakkan kepala jurulatih selepas Costa Rica layak ke Piala Dunia

Keylor-Navas-Oscar-Ramirez-Costa_LPRIMA20170607_0178_34

Bagaimana cara untuk meraikan kejayaan negara anda layak ke Piala Dunia?

Ada yang menyambutnya dengan tangisan, ada yang menjerit kegembiraan, ada yang membuat viking clap (Iceland) dan ada yang menyambutnya dengan membotakkan kepala ketua jurulatih skuad kebangsaan mereka.

Penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas menyambut kejayaan pasukan kebangsaannya layak ke Piala Dunia 2018 dengan memotong rambut ketua jurulatihnya, Oscar Ramirez.

Tapi sebenarnya, Oscar sendiri pernah menyatakan di awal pusingan kelayakan bahawa dia akan membotakkan kepalanya jika Costa Rica berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Russia.

Keylor Navas yang beraksi untuk Real Madrid sememangnya sering menjadi tukang rambut untuk rakan sepasukannya apabila pernah mencukur rambut rakannya di Real Madrid.

Costa Rica berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 apabila mereka menjaringkan gol penyamaan yang dramatik pada minit ke-95 ketika menentang Honduras.

 

Tags : Costa Ricakeylor navasPiala Dunia 2018
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.