Dua pemain muda Bangkok United dapat peluang berlatih di FC Tokyo - Stadium Malaysia
close
Football

Dua pemain muda Bangkok United dapat peluang berlatih di FC Tokyo

84

Sejak Chanatip Songkrasin mengembangkan sayap ke Liga Jepun, nampaknya Jepun sudah mula merisik lebih ramai pemain dari Thailand.

Terbaru, dua pemain muda dari Bangkok United akan berlatih bersama pasukan Liga Jepun, FC Tokyo selama sebulan.

Berita tersebut diumumkan oleh kelab Thailand itu menerusi laman web rasmi mereka.

Tharadol Sornyoha dan Chayathorn Thepsuwannaworn yang kedua-duanya berusia 17 tahun telah mula berlatih bersama FC Tokyo pada 2 Oktober yang lalu hasil kerjasama di antara Bangkok United dan FC Tokyo yang termeterai pada awal tahun lalu.

Jakkit Wechpirom dipinjam oleh FC Tokyo selepas menunjukkan prestasi baik ketika berlatih bersama kelab Jepun itu. Photo credit: Youtube

Sebelum ini dua pemain muda Bangkok United, Sasalak Haiprakhon dan Jakkit Wechpirom juga pernah berlatih bersama FC Tokyo selama 10 hari pada bulan Mac yang lalu dengan Jakkit berjaya menarik minat kelab Jepun itu yang meminjamnya sejak September lalu.

Tharadol dan Chayatorn berpeluang berlatih bersama kelab Jepun itu hasil sumbangan syarikat Jepun, Nichiban.

Tags : Bangkok UnitedFC Tokyo
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.