Crystal Palace ambil Roy Hodgson jadi pengurus - Stadium Malaysia
close
Football

Crystal Palace ambil Roy Hodgson jadi pengurus

skysports-roy-hodgson-crystal-palace_4098795

Dari seorang pengurus yang dikatakan berbakat ke seorang pengurus veteran.

Itulah yang boleh dikatakan mengenai Crystal Palace apabila mereka mengumumkan secara rasmi pelantikan bekas jurulatih England, Roy Hodgson sebagai pengurus baru mereka.

Roy Hodgson menggantikan tempat Frank De Boer yang dipecat selepas hanya empat perlawanan ekoran keputusan buruk pasukan yang menyaksikan mereka gagal memenangi sebarang perlawanan.

Hodgson, 70 tahun, tidak bersama mana-mana kelab selepas meletakkan jawatan sebagai pengurus England.

Frank de Boer dipecat selepas Palace memulakan kempen dengan buruk. Photo credit: BBC

Selain England dan Crystal Palace, Hodgson pernah menjadi pengurus bagi kelab-kelab seperti Blackburn, Fulham, Liverpool dan West Brom di Liga Perdana Inggeris.

Antara pencapaian terbaik Hodgson adalah apabila dia membawa Fulham mara ke perlawanan akhir Piala Europa pada tahun 2010.

Hodgson meletakkan jawatan sebagai pengurus England selepas skuad Three Lions tewas kepada Iceland di Kejohanan Eropah 2016.

Dengan menyertai Crystal Palace, Hodgson kini menjadi pengurus tertua di Liga Perdana Inggeris dengan umur 70 tahun 34 hari.

Tags : Crystal PalaceRoy Hodgson
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.