Luis Enrique jadi sasaran Shanghai Shenhua - Stadium Malaysia
close
Football

Luis Enrique jadi sasaran Shanghai Shenhua

skysports-luis-enrique-enrique-barcelona_3905957

Nampaknya seorang lagi jurulatih ternama dunia akan berhijrah ke China.

Bakal mengikut jejak langkah jurulatih seperti Luiz Felipe Scolari, Marcello Lippi dan Andre Villas-Boas adalah bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique.

Luis Enrique dikhabarkan menjadi sasaran terbaru kelab Liga China, Shanghai Shenhua bagi menduduki kerusi pengurus mereka musim depan menggantikan tempat pengurus sekarang, Gus Poyet.

Luis Enrique meletakkan jawatan sebagai jurulatih Barcelona pada musim lalu dan mengambil cuti selama setahun sebelum kembali ke bidang pengurusan bolasepak.

Carlos Tevez menjadi pemain dengan gaji termahal di dunia selepas menyertai Shanghai Shenhua.
Photo credit: The Sun UK

Di bawah kendalian Gus Poyet, Shanghai Shenhua melalui musim yang mengecewakan di mana kini mereka berada di tangga ke-11 walaupun memiliki barisan pemain ternama seperti Obafemi Martins, Fredy Guarin dan pemain dengan gaji termahal di dunia, Carlos Tevez.

Bersama Barcelona, Luis Enrique berjaya memenangi kejuaraan treble liga, Piala dan Liga Juara-Juara pada tahun 2015. Sepanjang tiga tahun bersama Barcelona, Luis Enrique memenangi sembilan kejuaraan.

Sebelum ini, kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea turut dikatakan berminat mahu membawa masuk Luis Enrique bagi menggantikan tempat Antonio Conte.

Tags : BarcelonaLuis EnriqueShanghai Shenhua
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.