Penyokong Persib Bandung hasilkan koreo 'Save Rohingya' - Stadium Malaysia
close
Football

Penyokong Persib Bandung hasilkan koreo ‘Save Rohingya’

medium_b2a2dd3ca2c102b54b3a66b6f06542d4

Bolasepak kadang kala menjadi satu medium yang cukup berkesan untuk menyuarakan pendapat terutamanya mengenai konflik kemanusiaan.

Jika sebelum ini kita ada melihat penyokong Celtic menunjukkan sokongan mereka kepada kempen untuk membebaskan Palestin dari kekejaman tentera Israel, kini penyokong kelab dari Indonesia juga melakukan perkara yang sama.

Penyokong Persib Bandung telah mencipta satu koreo khas bagi menunjukkan rasa simpati mereka kepada etnik Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman di Myanmar.

Dalam perlawanan di antara Persib menentang Semen Padang di Stadium Jalak Harupat pada Sabtu lalu, penyokong Persib yang dikenali sebagai Viking Persib Club (VPC) telah menghasilkan koreo bertemakan ‘Save Rohingya’.

Korea tersebut dihasilkan dengan perkataan ‘Save’ dihasilkan dengan warna merah dan perkataan ‘Rohingya’ pula dihasilkan dengan warna biru, warna rasmi Persib sendiri.

Persib sebelum ini dikenakan hukuman bermain tanpa penyokong ekoran insiden seorang penyokong meninggal dunia selepas perlawanan menentang Persija Jakarta.

Nampaknya koreo ini juga boleh memberikan masalah kepada Persib Bandung kerana Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) telah melarang sebarang simbol atau kain rentang bertemakan politik berada di dalam stadium.

Namun, bagi penyokong Persib mereka menolak tepi hukuman dan peraturan FIFA kerana bagi mereka isu kemanusiaan adalah lebih penting.

 

Tags : Persib BandungSave Rohingya
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.