Jurulatih Kemboja sasar pingat emas Sukan SEA pada 2023 - Stadium MY
close
Football

Jurulatih Kemboja sasar pingat emas Sukan SEA pada 2023

cambodia_v_afghanistan_asiancup-qual_ffcambodia

Projek jangka masa panjang.

Itulah yang dirancang oleh jurulatih skuad bolasepak bawah 22 tahun Kemboja bagi menghadapi Sukan SEA di Kuala Lumpur.

Jurulatih Brazil, Leonardo Vitorino mensasarkan untuk anak buahnya melepasi peringkat kumpulan dalam Sukan SEA kali ini dan memenangi pingat emas pada tahun 2023.

Vitorino juga merupakan jurulatih skuad senior Kemboja. Photo credit: topskor.id

“Kemboja tidak pernah melepasi peringkat kumpulan kejohanan ini (Sukan SEA), di mana pemain bawah 23 tahun beraksi, tetapi ramai pemain kami yang disenaraikan berumur 17 dan 18 tahun, sebagai salah satu langkah untuk membentuk semula pasukan kebangsaan.”

Kelebihan mereka adalah mereka masih boleh bermain dalam dua Sukan SEA lagi, tetapi untuk edisi kali ini, kami sasarkan untuk lepasi peringkat kumpulan, satu perkara yang belum pernah dibuat dalam bolasepak Kemboja,” kata Vitorino seperti dilaporkan media Brazil, futebolinterior.

Sementara itu dalam laporan media Kemboja, Keiladaily, Vitorino turut menyatakan bahawa dia mensasarkan untuk memenangi pingat emas Sukan SEA pada tahun 2023 nanti.

Vitorino mahu pingat emas Sukan SEA 2023. Photo credit: Phnom Penh Post

“Apa yang penting adalah memberikan peluang kepada pemain kami. Kenapa? Kerana kita mempunyai ramai pemain pada umur 17,18 dan 19 tahun, jadi mereka boleh bermain dua edisi lagi. Perjalanan mereka masih panjang.”

“Ini sasaran kami, sasaran kami adalah 2023, kami perlu berkerja keras untuk menjadi juara rantau ini, jadi kami perlu bersedia. “

Dalam Sukan SEA kali ini, Kemboja diletakkan dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Thailand, Vietnam, Timor Leste dan Filipina.

Perlawanan pertama mereka adalah menentang Filipina pada 15 Ogos ini.

Tags : KembojaKL 2017Sukan SEA
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.