AC Milan mahu dapatkan 'Raja Sweden' - Stadium MY
close
Football

AC Milan mahu dapatkan ‘Raja Sweden’

863921-20249926-2560-1440

Demam Zlatan telah melanda Milan.

Nampaknya kelab Itali itu yang melakukan rombakan besar-besaran dalam jendela perpindahan musim panas ini berminat untuk mendapatkan semula bekas penyerang mereka, Zlatan Ibrahimovic.

Dalam laporan Corriere dello sport, kelab Serie A itu mahu menggandingkan Zlatan bersama seorang lagi penyerang yang menjadi sasaran mereka, Nikola Kalinic.

Zlatan pernah beraksi bersama Milan pada tahun 2010-2012 dan menjaringkan 56 gol daripada 85 penampilan.

No time to rest #azbyzlatan #39montecarlo

A post shared by IAmZlatan (@iamzlatanibrahimovic) on

Milan sebelum ini turut menunjukkan minat untuk mendapatkan Diego Costa dari Chelsea dan Andrea Belotti dari Torino.

Akan tetapi, Presiden Torino, Urbano Caino telah mengesahkan bahawa Belotti akan kekal bersama kelab berkenaan pada musim ini.

Ibrahimovic yang masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan di penghujung musim lalu turut dikatakan bakal menandatangani kontrak sambungan di Manchester United.

Pasti menarik untuk melihat ke mana hala tuju ‘Raja Sweden’ ini selepas dia pulih sepenuhnya. Apa pendapat anda?

Tags : AC MilanZlatan Ibrahimovic
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.