PSG bakal gandingkan Neymar bersama Kylian Mbappe - Stadium MY
close
Football

PSG bakal gandingkan Neymar bersama Kylian Mbappe

FBL-FRA-CHAMPIONS-TROPHY-MONACO-PSG

Selepas mendapatkan Neymar dengan harga rekod perpindahan dunia, pasti ramai yang menyangka Paris Saint-Germani sudah selesai urusan pembelian pemain mereka untuk musim panas ini.

Nampaknya mereka masih mempunyai nafsu untuk melakukan satu lagi pembelian dengan jumlah yang besar.

Kini, kelab Paris itu dikhabarkan bakal membida penyerang muda Monaco, Kylian Mbappe dengan harga £163 juta!

Photo credit: Daily Mirror UK

Menurut laporan media Sepanyol, Marca, PSG dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan Mbappe yang sebelum ini menarik minat Real Madrid dan juga Barcelona yang mahu mencari pengganti Neymar.

Marca turut melaporkan bahawa dua kelab yang bermain di Ligue 1 Perancis itu telah mencapai persetujuan dan urusan perpindahan itu hanya menunggu pengesahan dari peguam sebelum ia diselesaikan.

PSG sebelum ini telah memecahkan rekod perpindahan dunia bagi mendapatkan Neymar. Photo credit: Reuters

Dua kelab itu dikatakan sedang bertukar dokumen untuk menyelesaikan perpindahan itu selepas Monaco bersetuju untuk berbincang dengan PSG walaupun sebelum ini enggan menjual bintang muda mereka itu.

Menurut Marca lagi, perpindahan Mbappe ke PSG ini adalah disebabkan oleh bapanya kerana Mbappe lebih berminat mahu ke Real Madrid.

Jika urusan perpindahan ini benar-benar berlaku, sukar untuk melihat pasukan lain bersaing dengan PSG di Ligue 1 dan mereka bakal menjadi pencabar utama untuk merebut trofi Liga Juara-Juara musim ini.

Tags : Kylian MbappeNeymarPSG
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.