Watford gunakan 'Football Manager' umum ketibaan Andre Gray - Stadium Malaysia
close
Football

Watford gunakan ‘Football Manager’ umum ketibaan Andre Gray

gray

Permainan Football Manager merupakan permainan komputer yang menjadi kegilaan ramai peminat bolasepak di seluruh dunia.

Merasai pengalaman menjadi seorang pengurus dan menguruskan kelab masing-masing memang menjadi impian peminat bolasepak.

Dalam lambakan video pengumuman pemain baru pada musim ini yang cukup kreatif, ada juga pasukan yang menggunakan Football Manager untuk mengumumkan ketibaan pemain baru.

 

Kelab Liga Perdana Inggeris, Watford telah menghasilkan satu video yang menggunakan tema Football Manager untuk mengumumkan ketibaan penyerang baru mereka, Andre Gray, dari Burnley.

Video menarik itu menunjukkan proses pembelian pemain sama seperti yang biasa ada dalam permainan komputer tersebut dan di akhir video, Gray menunjukkan mukanya dan memberitahu dia kini sudah menyertai Watford.

Andre Gray menyertai Watford dari Burnley dengan bayaran rekod perpindahan kelab bernilai £18.5 juta dengan kontrak lima tahun.

Bersama Burnley, Gray menjaringkan sembilan gol pada musim lalu.

Tags : Andre GrayFootball ManagerWatford
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.