Ilija Spasojevic sah sertai Bhayangkara FC - Stadium Malaysia
close
Football

Ilija Spasojevic sah sertai Bhayangkara FC

20638965_532224590442770_7389660040850145570_n

Baru sahaja menjadi perbualan mengenai ke mana destinasi Ilija Spasojevic, hari ini semuanya sudah terjawab.

Bekas pemain Persib Bandung dan Melaka United itu sah menyertai Bhayangkara FC yang bermain di Liga 1 Indonesia.

Berita tersebut diumumkan oleh Bhayangkara FC menerusi laman sosial mereka.

Ilija Spasojevic pernah bermain di bawah kendalian jurulatih Bhayangkara FC, Simon McMenemy ketika mereka bersama di Mitra Kukar dahulu.

Di bawah kendalian McMenemy, Bhayangkara FC kini berada di tangga kedua Liga 1 Indonesia, dua mata di belakang pendahulu liga, Madura United.

Selain Persib dan Mitra Kukar, Spaso juga pernah beraksi untuk Putra Samarinda, PSM Makassar dan Bali Devata di liga Indonesia.

Tags : Bhayangkara FCIlija Spasojevic
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.