close
Football

Persib Bandung tewas lagi, jurulatih letak jawatan

febri-hariyadi-persib-bandung-mitra-kukar-640×443

Mempunyai barisan pemain ternama sebenarnya bukan satu kepastian bahawa seorang pengurus itu akan berjaya membawa pasukannya bergelar juara.

Pasukan yang dibarisi pemain terkenal dan hebat sebenarnya mampu memberikan tekanan yang lebih kepada seorang pengurus dan jurulatih pasukan.

Begitulah yang dialami oleh jurulatih Persib Bandung, Djadjang Nurdjaman yang sah meletakkan jawatan selaku jurulatih pasukan tersebut ekoran kekalahan 2-1 Persib kepada Mitra Kukar dalam aksi Liga 1 Indonesia pada hari Sabtu lalu.

Djadjang dalam satu laporan Kompas.com menyatakan bahawa dia tidak mampu lagi mengendalikan Persib yang menunjukkan aksi mengecewakan pada musim ini.

“Dengan kekalahan hari ini (Sabtu), buat sementara waktu saya mahu berehatt dahulu. Saya mahu meletakkan jawatan dari memegang jawatan jurulatih Persib. Saya tidak dapat membantu menaikkan persembahan pasukan yang terus seperti ini.

“Kami tewas lagi walaupun kami sebenarnya mampu menyamakan kedudukan kalau penalti disempurnakan. Kami berdepan masalah besar di luar padang, tetapi sama juga di dalam padang.”

Dalam perlawanan tersebut, Persib mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan apabila diberikan sepakan penalti oleh pengadil. Tetapi Raphael Maitimo gagal menyempurnakan sepakannya.

Pengurus Persib Bandung, Umuh Muchtar mengakui sedih dan kecewa dengan keputusan Djanur untuk meletakkan jawatan di saat liga masih lagi berjalan dan mereka bakal berdepan seteru kuat mereka Persija Jakarta pada Sabtu hadapan.

Umuh mengumumkan bahawa buat sementara ini, pembantu jurulatih, Herrie Setiawan akan mengendalikan pasukan sebelum mereka memutuskan untuk melantik jurulatih baru.

Tags : BolasepakDjadjang NurdjamanLiga 1 IndonesiaMitra KukarPersib BandungPersija JakartaRaphael Maitimo
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.