close
Football

Pemain Arsenal cuba sertai ‘Dragon Boat Race’

Semenjak dua menjak ini semua pasukan gila membuat video.

Dari pengumuman pemain baru hingga ke jersi baru pasukan, semuanya dilakukan dalam bentuk video untuk menarik minat penyokong.

Tapi nampaknya, Arsenal satu langkah ke hadapan.

Dalam satu video untuk mempromosikan siri jelajar mereka ke China, mereka nampaknya begitu kreatif dalam mencampurkan elemen budaya setempat dalam video mereka.

Menunjukkan aksi pemain Arsenal terlibat dalam perlumbaan bot naga, mereka menarik perhatian terutamanya penyokong mereka dari China mengenai kedatangan mereka ke negara yang terkenal dengan sukan berkenaan.

Antara pemain yang terlibat dalam pembikinan video berkenaan adalah Granit Xhaka, Mohamed El-Neny, Mesut Ozil, Rob Holding dan ramai lagi. Alexis Sanchez pula memegang watak sebagai pemain gendang bot naga tersebut.

Arsenal akan menentang Bayern Munich di Stadium Shanghai pada hari Rabu ini dan selepas itu mereka akan ke Stadium Sarang Burung di Beijing untuk berdepan Chelsea pada hari Sabtu.

Memang melucukan melihat aksi-aksi permain Arsenal yang begitu mendalami watak mereka sebagai pendayung bot naga. Mungkin selepas bersara, mereka boleh mencuba pula untuk menceburi sukan perlumbaan bot naga ini.

Tags : Alexis SanchezArsenalBolasepakChinaLiga Perdana InggerisMesut Ozil
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.