close
Football

Jurulatih Espanyol puji skuad bawah 19 tahun Indonesia

Screen Shot 2017-07-17 at 11.52.31 AM

Masa depan nampak cerah buat skuad kebangsaan Indonesia.

Begitulah ungkapan jurulatih Espanyol B, David Gallego selepas anak buahnya menewaskan skuad bawah 19 tahun Indonesia 4-2 di Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA) pada hari Jumaat lalu.

Turut memuji penjaring dua gol Indonesia, Egy Maulana Vikri, Gallego menyatakan bahawa dia terkejut dengan aksi Garuda Muda dalam perlawanan tersebut.

Bercakap kepada Kompas.com selepas perlawanan tersebut, Gallego berkata: “Saya sangat terkejut dengan tahap permainan pasukan Indonesia. Serangan mereka bagus dan mempunyai gaya yang unik.”

“Saya percaya dengan barisan pemain yang ada, pasukan kebangsaan Indonesia akan lebih bagus lagi di masa hadapan, cuma mereka perlu mempunyai misi dan visi yang jelas untuk meningkatkan teknik mereka.

Gallego turut menyatakan bahawa mereka hanya mempunyai dua hari untuk berlatih sebelum perlawanan kerana bercuti sejak bulan Mei lalu.

Tags : BolasepakEspanyolGaruda MudaIndonesiaLiga Indonesia
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.