Senarai 23 negara yang telah melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 setakat ini - Stadium Malaysia
close
Football

Senarai 23 negara yang telah melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 setakat ini

Mexico

Dramatik.

Itu perkataan yang boleh digunakan untuk menerangkan aksi bolasepak antarabangsa yang berlangsung sepanjang satu minggu lepas. Kegembiraan memenuhi ruang udara beberapa negera, termasuk Mesir dan juga Iceland, manakala beberapa negara lain pula terpaksa meratapi hakikat bahawa mereka tidak akan berada di Russia apabila Piala Dunia berlangsung tahun depan.

Berikut adalah negara-negara yang telah melayakkan diri ke Piala Dunia 2018!

Photo Credit: BBC

EROPAH

Saingan di benua Eropah memang sengit, tetapi sembilan negara telah melayakkan diri sebagai juara kumpulan masing-masing. Belgium, England, Germany, Poland, Serbia. Spain, Iceland, France dan juga Portugal sah akan bertanding di Piala Dunia tahun depan, manakala lapan lagi pasukan akan bertembung untuk merebut empat slot yang berbaki di Eropah.

Negara tersebut adalah Croatia, Denmark, Greece, Italy, Northern Ireland, Republic of Ireland, Sweden dan Switzerland. Perlawanan ‘play-off’ ini akan berlangsung bulan depan.

Photo Credit: Team Mehdi

ASIA

Tiada kejutan buat Malaysia di sini. Kita memang tidak layak ke Piala Dunia tahun depan. Tapi empat gergasi Asia lain telah sah melayakkan diri mereka – Jepun, Korea Selatan, Iran dan juga Arab Saudi. Daripada empat pasukan ini, Iran nyata pasukan yang unggul berdasarkan rekod mereka di pusingan kelayakan.

Australia pula masih lagi berpeluang untuk meraih slot Piala Dunia selepas mengalahkan Syria 3-2 secara aggregat dalam perlawanan ‘play-off’ pertama. Namun, mereka perlu menewaskan Honduras dalam satu lagi perlawanan ‘play-off’ untuk mendapatkan slot tersebut.

Photo Credit: Getty

CONCACAF

Rantau ini memberi kejutan yang besar malam semalam apabila harapan Amerika Syarikat untuk layak ke Piala Dunia dihancurkan oleh Trinidad & Tobago. Keputusan itu juga bermaksud Panama berjaya melayakkan diri, manakala Honduras pula mengambil slot ‘play-off’ dan akan bertemu Australia pada bulan depan. Dua pasukan yang memang layak sebelum perlawanan malam semalam adalah Costa Rica dan Mexico.

Photo Credit: The Sun

AFRIKA

Hanya dua negara telah sah layak ke Piala Dunia 2018 dari benua Afrika setakat ini – Nigeria dan Mesir. Kedua-dua pasukan memenangi perlawanan mereka pada hujung minggu lepas untuk meraih slot tersebut. Namun, masih ada tiga lagi slot untuk dimenangi oleh negara-negara lain, berdasarkan perlawanan yang akan berlangsung bulan depan. Setakat ini, Ivory Coast dan Tunisia berada dalam kedudukan yang cukup bagus untuk mendapatkan slot tersebut.

Photo Credit: Indian Express

CONMEBOL

Brazil menjadi negara pertama yang melayakkan diri dari benua Amerika Selatan, tetapi tiga lagi pasukan telah mengesahkan slot mereka selepas aksi dramatik dari beberapa perlawanan pagi tadi. Uruguay menewaskan Bolivia 4-2 untuk mengambil slot kedua, manakala Lionel Messi menjaringkan hat-trick untuk membantu Argentina mengalahkan Ecuador 3-1 dan sekaligus merampas slot ketiga. Colombia pula mengambil slot keempat selepas seri 1-1 bersama Peru, yang berjaya meraih slot play-off dengan keputusan tersebut. Malangnya, kita tidak akan dapat melihat Alexis Sanchez di Piala Dunia tahun depan selepas mereka tewas 0-3 di tangan Brazil.

OCENIA

New Zealand akan bertemu dengan Peru dalam perlawanan ‘play-off’ pada bulan hadapan untuk merebut slot terakhir ke Piala Dunia 2018.

SENARAI PENUH

Belgium, England, France, Germany, Iceland, Poland, Portugal, Russia (tuan rumah), Serbia, Spain, Brazil, Uruguay, Argentina, Colombia, Egypt, Nigeria, Iran, Japan, Saudi Arabia, South Korea, Costa Rica, Mexico, Panama

 

 

Tags : ArgentinaBrazilEnglandFIFA World CupIranLionel MessiPiala Dunia
Keeshaanan Sundaresan

The author Keeshaanan Sundaresan

Keesh is the Chief Editor of Stadium.MY, and has been active in the world of sports writing since 2011. Over the years Keesh's editorial portfolio includes writing for Yahoo! Sports, Sportskeeda.com, LiveSoccerTV.com, Ipoh Echo as well as AsianFootballFeast.com