eSport dicadangkan untuk jadi acara pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 - Stadium Malaysia
close
E-Sports

eSport dicadangkan untuk jadi acara pingat di Sukan Olimpik Paris 2024

5805efe13c9646f0cd3be9fec7cee8cfdd0c7f4ccdebc2646381a8dd2630de8f_large

Berita baik buat semua peminat e-sports.

Mungkin selepas ini semua peminat e-sports di Malaysia boleh mula berlatih dan mensasarkan untuk mewakili Malaysia dan membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan Olimpik yang pertama.

Presiden bersama Jawatankuasa bidaan Olimpik Paris, Tony Estanguet telah mengesahkan bahawa dia akan berbincang dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan wakil eSports berkenaan penyertaan eSports dalam Sukan Olimpik di Perancis tujuh tahun lagi.

Mungkinkah permainan seperti DOTA akan dipertandingkan di Sukan Olimpik? Photo credit: q13Fox.com

Tony Estanguet dalam satu wawancara bersama Associated Press berkata: “Kita perlu melihatnya kerana kita tidak boleh berkata, ‘Ini bukan kita. Ini bukan kerana Olimpik’.

“Semua remaja sukakan eSport dan perkara sebegini. Mari kita lihat perkara ini. Mari kita bertemu mereka. Mari kita cari penghubungnya.

“Saya tidak mahu kata ‘tidak’ dari awal. Saya rasa ianya menarik untuk berhubung bersama IOC, dengan mereka, dengan keluarga eSport, untuk lebih memahami apa prosesnya dan kenapa ianya cukup berjaya.”

Pada bulan April lalu, Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA) telah mengumumkan bahawa eSport akan menjadi acara pingat di Sukan Asia 2022 yang akan berlangsung di China.

Jadi, tunggu apa lagi penggemar eSport di Malaysia? Dah tiba masa untuk anda semua mengasah bakat dan berlatih. Siapa tahu anda mungkin pemenang pingat emas Olimpik pertama Malaysia yang sudah lama kita cari?

Tags : E-SportSukan Olimpik
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.