#KamiLuarBiasa: Pemain badminton Para Malaysia pertahan gelaran juara dunia - Stadium Malaysia
close
Badminton

#KamiLuarBiasa: Pemain badminton Para Malaysia pertahan gelaran juara dunia

Cheah-Liek-Hou

Juara dunia sekali lagi!

Cheah Liek Hou berjaya mempertahan gelarannya bagi kategori SU5 (kelainan upaya bahagian atas badan) dalam acara perseorangan di Kejohanan Badminton Para Dunia yang berlangsung di Ulsan, Korea Selatan pada hari Ahad lalu.

Cheah menentang pemain Indonesia, Suryo Nugroho dalam satu perlawanan yang cukup sengit. Namun keputusan berpihak kepada Cheah dengan kiraan mata 19-21, 21-15, 21-18.

Namun, dalam acara bergu, Suryo berjaya membalas dendam kekalahannya kepada Cheah apabila gandingannya bersama Tay Wei Ming dari Singapura menewaskan gandingan Cheah dan Hairol Fozi Saaba yang juga merupakan juara bertahan dengan keputusan 21-18, 21-23, 18-21.

Kontinjen Malaysia menamatkan kempen Kejohanan badminton Para Dunia dengan kutipan satu emas, satu perak, dan tiga gangsa. Tiga gangsa disumbangkan oleh Madzlan Saibon (WH2), Bakri Omar (SL4) dan Didin Taresoh (SS6).

Kejohanan Badminton Para Dunia yang seterusnya akan diadakan pada 2019 di Basel dan akan diadakan serentak dengan Kejohanan Badminton Dunia. Acara badminton juga akan diperkenal di Sukan Paralimpik Tokyo pada tahun 2020 nanti.

Tags : #KamiLuarBiasaBadmintonCheah Liek Hou
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.