"Gembira, terharu, sedih" - Solihim balas dendam kekalahan di Para Asean Singapura - Stadium Malaysia
close
Athletics

“Gembira, terharu, sedih” – Solihim balas dendam kekalahan di Para Asean Singapura

Screen Shot 2017-09-20 at 5.08.23 PM

Atlet pecut negara, Ahmad Solihim Mohamad Nor akhirnya berjaya mencapai cita-citanya untuk merangkul pingat emas pertamanya di Sukan Para Asean apabila memecut laju untuk menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia dalam acara 100m Lelaki T45/46.

Ahmad Solihim menewaskan pesaing terdekatnya, Phung Dinh Tu dan Main Anh Minh dari Vietnam dengan catatan masa 11.58 saat.

“Perasaan saya bercampur baur. Ada rasa gembira, terharu, sedih.

“Masa di garisan permulaan tadi, saya tidak terlalu gemuruh seperti di Para Asean Singapura. Saya dapat mengawal rasa gemuruh sebelum berlari. Saya berpuas hati dapat memulakan larian dengan baik dan yang paling penting saya berjaya memenangi pingat emas.”

Pada tahun 2015, Solihim tewas kepada Phung Dinh Tu dalam acara 100 meter dan 200 meter. Sejak itu, dia bertekad untuk menang di laman sendiri.

“Di Singapura saya merupakan atlet separuh masa. Jadi dari segi latihan sangat berbeza. Selepas 2015 saya mula menjadi atlet sepenuh masa, jadi latihan, pemakanan dan rawatan semuanya dipantau.

“Lepas di Singapura saya sasarkan emas juga, tetapi mungkin ketika itu terlalu gemuruh. Kebetulan itu kali pertama kami bertanding bersama. Selepas kekalahan itu, saya menanam tekad untuk membalas dendam di Kuala Lumpur.”

Solihim masih mempunyai dua lagi acara iaitu, 4 x 100 meter yang turut berlangsung pada hari ini dan 200 meter yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini.

“Saya ada dua acara lagi iaitu 4×100 meter dan 200 meter. Saya berazam mahu menang emas dalam kedua-dua acara tersebut terutamanya 200 meter.”

Tags : KL 2017Sukan Para Asean
Khairul Nizam

The author Khairul Nizam

A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.