Football

Real Madrid mahu Antonio Conte

Photo credit: ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images

Prestasi hambar Real Madrid di saingan La Liga musim ini telah memberikan tekanan kepada Zinedine Zidane. Tidak cukup dengan cabaran yang perlu dihadapi dengan skuad yang ada, dia juga kini menerima tekanan apabila seorang demi seorang pengurus dikaitkan dengan jawatannya.

Khabar angin terbaru, pengurus Chelsea, Antonio Conte dikaitkan dengan jawatan pengurus Real Madrid jika Zidane dipecat.

Conte masih mempunyai baki kontrak setahun setengah bersama Chelsea namun dia tetap dikaitkan dengan kelab-kelab lain selepas kejayaannya membawa Chelsea menjuarai liga pada musim lalu.

Selain Real Madrid, bekas pengurus Juventus itu turut dikaitkan dengan kelab Itali, AC Milan.

Conte dikhabarkan tidak gembira di Chelsea dan berminat untuk kembali mengurus di Itali, namun jika dia ditawarkan jawatan pengurus Real Madrid, dia mungkin akan ke Sepanyol.

Real Madrid sedang melalui musim yang mengecewakan. Prestasi hambar yang ditunjukkan oleh kelab tersebut telah menyebabkan mereka kini berada di tangga keempat liga.

Walaupun mereka layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, tetapi mereka mara sebagai pasukan di tempat kedua di belakang Tottenham Hotspur dan perlu berdepan Paris-Saint Germain di pusingan seterusnya.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply