Football

Cristiano Ronaldo minta peguam bincang klausa perpindahannya dengan Real Madrid

Photo Credit: Sky Sports

Adakah hubungan Cristiano Ronaldo dan Real Madrid sudah berantakan?

Menurut laporan media Sepanyol, pemenang Anugerah Ballon d’or itu dilaporkan telah mengarahkan peguamnya untuk mencari jalan supaya dia boleh meninggalkan Real Madrid.

Ronaldo dan Real Madrid pada musim ini dilihat agak bergelut di saingan liga di mana mereka kini berada di tangga keempat La Liga, lapan mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Ketua pasukan Portugal itu turut dikatakan kecewa Presiden Real Madrid, Florentino Perez ketika dia diasak oleh media Sepanyol ekoran skandal cukainya dahulu.

Menurut El Chiringuito TV, hubungan Ronaldo dan Real Madrid semakin dingin sejak akhir-akhir ini dan dia enggan menandatangani kontrak baru bersama juara Eropah berkenaan.

Klausa perpindahan Ronaldo yang ditetapkan oleh Real Madrid adalah sebanyak £1 billion dan Ronaldao tahu tiada pasukan mampu membayar harga tersebut. Oleh sebab itu, dia telah mengarahkan peguamnya untuk berbincang dengan kelab untuk meletakkan harga yang munasabah supaya dia dapat meninggalkan Real pada musim panas nanti.

Dua kelab yang dikaitkan dengan Ronaldo adalah Paris Saint-Germain dan kelab lamanya, Manchester United.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply