Football

Gary Lineker dikecam bekas jurucakap tentera Israel

Photo credit: FIFA.com

Bekas penyerang England, Gary Lineker diserang oleh pengguna media sosial Israel selepas dia meluahkan rasa marahnya terhadap satu video yang menunjukkan kekejaman tentera Israel kepada remaja Palestin .

Lineker menerusi laman Twitter peribadinya telah membantu menyebarkan video yang dimuat naik oleh aktivis pro-Palestin, Ben White dan menulis “mengecewakan”.

Tindakan Lineker itu mendapat sokongan ramai pengguna Twitter yang juga merasa simpati dengan remaja-remaja Palestin di dalam video tersebut yang dilihat telah dikurung oleh tentera Israel, namun, tindakannya itu turut mengundang kecaman daripada pengguna Twitter Pro-Israel termasuk bekas jurucakap Angkatan Tentera Israel (IDF), Peter Lerner.

Lerner membalas kenyataan Lineker dengan mengatakan pengulas bolasepak itu “tidak melihat dengan jelas keadaan sebenar”.

Lineker terus mempertahan pendapatnya dengan mengatakan kesemua remaja berkenaan tidak sepatutnya dikurung dalam kurungan yang kecil dan Lerner terus membidas semua kenyataan bekas penyerang Leicester City itu.

Isu mengenai konflik Israel dan Palestin kembali menjadi hangat selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan bahawa mereka mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel dan pengumuman tersebut telah menerima kecaman daripada ramai pihak.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply