Football

Ilija Spasojevic sertai Bali United

Photo credit: Bali United

Tidak sampai semusim bersama Bhayangkara FC yang menjuarai Liga 1 Indonesia, bekas penyerang Melaka United, Ilija Spasojevic mencari cabaran baru.

Spaso yang telah menyarung jersi skuad kebangsaan Indonesia telah diumumkan menyertai pesaing Bhayangkara FC, Bali United menerusi media sosial pasukan berkenaan.

Selepas memenangi kejuaraan Liga 1 Indonesia bersama Bhayangkara FC, Spaso tidak menyambung kontrak bersama pasukan berkenaan selepas pasukan tersebut mengesahkan tidak akan beraksi di peringkat Asia ekoran kegagalan mendapatkan lesen.

Memetik laporan Bolasport, Spaso sebelum ini pernah berkata: “Kalau musim hadapan kami bermain di Asia, kemungkinan besar saya akan kekal bersama Bhayangkara FC. Bermain di peringkat Asia bermakna ada cabaran baru setelah kami menjuarai Liga 1.”

Spaso sebelum ini pernah mewakili pasukan di Bali bersama kelab Bali Devata pada tahun 2011.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply