Football

Manchester City pecah rekod kemenangan berturut Liga Perdana Inggeris

Photo credit: Skysports UK

Siapa boleh hentikan Manchester City?

Itulah persoalan di minda ramai orang selepas anak buah Pep Guardiola terus menunjukkan prestasi hebat apabila mencipta rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-0 ke atas Swansea City awal pagi ini.

Kemenangan tersebut merupakan kemenangan ke-15 berturut-turut City sekaligus memecahkan rekod kemenangan berturut yang dipegang oleh Arsenal pada tahun 2002 dengan 14 kemenangan berturut.

Dua gol daripada David Silva, dan satu gol daripada Kevin De Bruyne serta Sergio Aguero membantu City untuk terus kekal di persada Liga Perdana Inggeris.

City telah memenangi 16 daripada 17 perlawanan liga mereka dengan satu-satunya keputusan seri mereka adalah ketika menentang Everton dalam perlawanan kedua mereka musim ini.

Kemenangan tersebut mengekalkan kelebihan 11 mata City terhadap pesaing terdekat mereka, Manchester United yang menewaskan Bournemouth 1-0 di Old Trafford.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply