Football

Sturridge sedia tinggalkan England

Photo credit: Daily Mirror

Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge bersedia mencuba nasib di luar England bagi menghidupkan semula peluangnya untuk menyarung jersi England di Piala Dunia 2018.

Dua kelab yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan Sturridge adalah Real Betis dan Valencia.

Sturridge tidak beraksi dalam perlawanan Merseyside Derby menentang Everton pada hari Ahad lalu ekoran kecederaan hamstring, namun Jurgen Klopp menyatakan bahawa penyerang berkenaan kini berada dalam keadaan fizikal terbaiknya sejak dia mengambil alih jawatan pengurus di Anfield.

Sturridge sukar mendapat tempat selepas Klopp dilihat lebih gemar menggunakan Roberto Firmino dan Dominic Solanke dalam skuadnya.

Kali terakhir Sturridge berada dalam kesebelasan utama The Reds adalah dalam perlawanan menentang Chelsea bulan lalu, namun ditukarkan selepas Liverpool mendahului 1-0 kerana kurang kecergasan.

Klopp dan Liverpool enggan melepaskan Sturridge pada bulan Januari nanti, namun Betis dan Valencia berharap Liverpool membenarkannya meninggalkan Anfield secara pinjaman.

Dengan kepulangan Danny Ings dan Adam Lallana, mungkin Klopp akan mengubah fikirannya.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply