Football

Real Madrid sasar Salah

Photo credit: Daily Star

Menjadi perkara biasa untuk pemain-pemain yang menunjukkan prestasi hebat dikaitkan dengan kelab-kelab ternama Eropah terutamanya Real Madrid.

Selepas menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang bersama Liverpool pada musim ini dan AS Roma pada musim lalu, Mohamed Salah kini menjadi sasaran juara Eropah, Real Madrid.

Media Sepanyol, Don Balon melaporkan bahawa presiden Real Madrid, Florentino Perez bersedia mencuba nasib untuk mendapatkan Salah selepas bintang Mesir itu menjaringkan 18 gol daripada 22 perlawanan untuk Liverpool.

Perez juga dikhabarkan telah meletakkan Lucas Vasquez dalam senarai perpindahan sebagai salah satu perancangannya untuk mendapatkan Salah.

Vasquez dikatakan akan ditawarkan kepada Liverpool, namun Perez tahu itu sahaja tidak cukup dan perlu menawarkan wang yang banyak kepada Liverpool jika mereka benar-benar mahukan Salah.

Pengurus skuad kebangsaan Mesir, Hector Cuper turut mengesahkan bahawa Real Madrid telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Salah.

Bercakap kepada ON Sport TV, dia berkata: “Saya telah menerima pengesahan berita yang mendedahkan bahawa Real Madrid berminat mendapatkan Salah, tetapi kita tidak perlu tergesa-gesa.

“Bagi saya, dia berada di posisi yang menarik sekarang.”

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply