Football

Marco Asensio jadi sasaran Red Devils

Photo credit: The Sun UK

Jose Mourinho bersedia memperkuat pasukannya dengan cuba membawa masuk pemain dari Real Madrid.

Jika sebelum ini nama Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo sering disebut jika ada pemain dari Real Madrid dikaitkan dengan United, kini nama lain pula yang timbul.

Mourinho dilaporkan mahu membawa pemain muda berbakat Real Madrid, Marco Asensio ke Old Trafford.

Pemain berusia 21 tahun itu menunjukkan prestasi cemerlang di Real Madrid di bawah kendalian Zinedine Zidane. Asensio telah membuat 21 penampilan di Bernabeu pada musim ini namun kebanyakannya adalah dari bangku simpanan.

Mourinho dilaporkan mampu memberikan tempat dalam skuad utama kepada Asensio jika pemain berkenaan berpindah ke United.

Selain Asensio, Manchester United turut dilaporkan berminat membawa masuk Mesut Ozil dari Arsenal dan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid bagi memperkuat pasukan untuk merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply