Football

Juventus jadikan Bellerin sasaran utama

Photo credit: The Sun UK

Seorang lagi pemain Arsenal dikaitkan dengan perpindahan keluar.

Pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin dikhabarkan menjadi sasaran gergasi Serie A, Juventus.

Pemain pertahanan Sepanyol itu sedang melalui musim yang kurang memberansangkan, namun kekal menjadi anggota skuad utama di Emirates.

Namun, itu tidak menjadi halangan buat Juventus yang menjadikan Bellerin sebagai sasaran utama mereka selepas kehilangan Dani Alves kepada PSG pada jendela perpindahan yang lalu.

Menurut laporan Tuttosport, Juventus bersedia untuk menguji kesetiaan Bellerin kepada Arsenal pada jendela perpindahan Januari nanti.

Bellerin mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga 2023 selepas menandatangani kontrak baru pada November lepas. Pastinya Juventus perlu menawarkan wang yang banyak untuk memancing Bellerin ke Turin.

Selain Juventus, Barcelona juga dilaporkan menunjukkan minat terhadap Bellerin.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply