Football

“Jose Mourinho membuatkan Manchester United membosankan” – LVG

Bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal telah memerli Jose Mourinho selepas kekalahan kelab lamanya itu kepada musuh setempat, Manchester City.

City menewaskan United 2-1 dalam pertemuan pada hari Ahad lalu di Old Trafford sekaligus menjarakkan kedudukan kepada 11 mata daripada United yang berada di tangga kedua.

Van Gaal sering dikritik ketika dia menjadi pengurus United dan pasukannya sering dilabel sebagai membosankan. Kini, giliran dia pula mengatakannya kepada Mourinho.

Bercakap kepada Daily Mirror, Van Gaal berkata: “Saya lebih rela menonton City berbanding United.

“Anda perlukan kualiti dalam skuad dan ianya jelas City mempunyai skuad yang lebih bagus.

“Jika anda tanya bagaimana saya lakukannya di United, saya akan katakan ianya pengalaman paling hebat, jika dilihat keadaan ketika saya berkerja.

“Kami bermain bolasepak yang agak baik. Tetapi jenis bolasepak yang tidak dihargai di England.

“Tetapi sekarang, melihat Unitd, saya boleh menyimpulkan Mourinho tidak dikritik sedangkan ianya bolasepak yang lebih membosankan.

“Apa yang United lakukan sekarang adalah corak bertahan. Saya sering bermain bolasepak dengan corak menyerang. Buktiknya adalah apabila pasukan lawan sering bertahan.

“Mereka tidak melakukannya lagi kerana Jose Mourinho sering bermain dengan corak bertahan.”

Van Gaal menyertai United pada tahun 2014 sehingga 2016 dan berjaya menjulang Piala FA ketika bersama Red Devils sebelum dipecat kerana gagal membawa kelab tersebut ke Liga Juara-Juara.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply