Football

Mourinho sanggup bayar £95 juta untuk dapatkan pemain tengah Lazio

Photo credit: Daily Sport

Nampaknya Mourinho bukan sahaja memikirkan mengenai musim ini, tetapi sudah mula memikirkan mengenai musim hadapan untuk Red Devils.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dilaporkan sanggup memecahkan rekod nilai perpindahan Paul Pogba untuk mendapatkan pemainnya.

Mourinho dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic dan bersedia untuk menawarkan bayaran yang lebih tinggi dari Paul Pogba.

Pemain berusia 22 tahun yang beraksi untuk pasukan kebangsaan Serbia itu berpindah ke Lazio dengan nilai £16 juta, tetapi sejak menunjukkan aksi yang mantap, Lazio dikatakan mahu £100 juta untuk bintang mereka itu, tetapi bersedia melepaskannya dengan nilai £95 juta.

Pencari bakat Manchester United sudah memerhatikan pemain muda tersebut dan dengan Fellaini yang dikhabarkan enggan menandatangani kontrak baru, Red Devils kini bersedia membayar mahal untuk membawa masuk Milinkovic-Savic.

Selain Manchester United, Manchester City dan Juventus turut menunjukkan minat terhadap bekas pemain Genk ini.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply