Football

Alessandro Del Piero mahu Juventus dapatkan Emre Can

Photo credit: LiverpoolFC.com

Tidak cukup dengan usaha menepis tawaran Barcelona bagi mendapatkan Coutinho, kini Liverpool perlu berdepan tawaran dari Juventus pula.

Lagenda Juventus, Alessandro Del Piero telah menggesa kelab lamanya untuk mendapatkan pemain tengah Liverpool, Emre Can bagi memperkuat pasukan.

Pemain antarabangsa Jerman berusia 23 tahun itu sudah lama menjadi sasaran Juventus dan nampaknya dengan jendela perpindahan pertengahan musim akan dibuka tidak lama lagi, pastinya mereka akan meneruskan usaha mereka.

Del Piero percaya Juventus di bawah kendalian Massimo Allegri perlukan pemain tengah baru dan Can boleh menjadi pilihan yang murah.

“Skuad Allegri perlukan pemain seorang lagi pemain tengah kerana (Sami) Khedira diketahui ramai sering tercedera,” kata Del Piero kepada Sky Sports Italia.

“(Claudio) Marchisio kini semakin pulih dari kecederaan, tetapi dia masih belum cergas sepenuhnya, manakala Pjanic bukan pemain yang keras.

“Emre Can dari Liverpool adalah pemain tepat, dan dia tidak terlalu mahal. Dia boleh menjadi pemain besar di Juve pada bulan Januari nanti. Mereka perlukan seseorang seperti dia.”

Can yang tidak menandatangani kontrak baru dengan Liverpool lagi boleh menandatangani kontrak dengan mana-mana kelab Eropah pada Januari nanti. Namun, Liverpool masih berharap agar pemain tengah itu akan menandatangani kontrak sambungan bersama mereka.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply