Football

Roberto Carlos umum kelahiran anak kesembilan

Photo Credit: Daily Post

Menjadi seorang bapa dan mempunyai anak adalah satu anugerah yang tidak terhingga dari Tuhan.

Bagi seorang pemain bolasepak, anak-anak mereka akan membantu meneruskan legasi keluarga dalam sukan tersebut. Adalah perkara biasa apabila anak seorang pemain bertaraf lagenda akan dinilai oleh masyarakat. Tapi, bagaimana orang akan menilai sembilan orang anak?

Ya, pemain pertahanan kiri lagenda Brazil, Roberto Carlos kini bergelar seorang ayah buat kali kesembilan. Kurang dua orang untuk mencukupkan kesebelasan utama pasukan bolasepak.

Bekas pemain Real Madrid itu mengumumkan kelahiran puterinya, Marina menerusi laman instagram peribadinya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Doktor Vidal dan pembantunya,” tulis Carlos di Instagramnya.

Marina dilahirkan di Hospital Klinik Ruber yang terletak di Madrid dan merupakan anak keduanya bersama isteri sekarang, Mariana selepas seorang lagi anak perempuannya, Manuela dilahirkan pada tahun 2009.

Menurut laporan media Sepanyol, AS, Carlos mempunyai tiga orang anak bersama isteri pertamanya, Alejandra iaitu Roberta, Giovanna dan Roberto Carlos Jr yang merupakan anak angkat. Dia juga mempunyai empat orang anak dari hubungan lampaunya iaitu Carlos Eduardo, Christopher, Junior dan Luca.

Jika ada ibu bapa merasakan menjaga seorang anak itu sudah memeningkan kepala, bayangkan Roberto Carlos yang mempunyai sembilan orang anak.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply