Football

Tottenham Hotspur nafi bakal dibeli oleh pengasas Facebook

Photo credit: The Sun

Berita buruk buat penyokong Tottenham Hostpur.

Hari ini kecoh di laman sosial mengenai pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berminat untuk membeli kelab London berkenaan.

Disebabkan kekecohan yangb berlaku itu, Tottenham telah menafikan bahawa kelab berkenaan bakal dibeli oleh Mark Zuckerberg.

Media UK, The Sunday Times melaporkan baru-baru ini bahawa satu firma pelaburan yang disokong oleh Zuckerberg sedang melihat untuk membeli kelab utara London itu dengan harga £1 billion.

Buat masa ini, Spurs sedang mencari pelabur untuk membantu membayar pembinaan stadium baru mereka – selepas mereka berpindah keluar dari White Hart Lane pada akhir musim lalu.

Tetapi Spurs kini tidak lagi mencari bantuan kewangan, selepas satu kumpulan bank telah membantu membiaya pembinaan stadium baru itu, dan tiada perbincangan dilakukan bersama syarikat gergasi media sosial itu.

“Kelab pada 31 Mei 2017 telah mengumumkan penyelesaian hutang bank yang membiaya pembinaan stadium baru dengan konsortium bank-bank yang melibatkan Bank of America Merril Lynch International Limited, Goldman Sachs Bank USA dan HSBC Bank plc,” tulis Spurs dalam satu kenyataan.

“Ahli Majlis percaya bahawa ini merupakan penyelesaian optimum untuk kebaikan penyokong, pekerja dan pemegang saham serta demi pembangunan berterusan kelab.”

Pastinya menarik jika kelab-kelab bolasepak dimiliki syarikat media sosial. Spurs bersama Facebook, Manchester United dimiliki oleh Twitter, Chelsea jadi milik Instagram, Arsenal bersama Snapchat dan Liverpool menjadi milik…. Friendster?

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply