FootballTV

Podolski hasilkan video dengan elemen budaya Jepun

Kebiasaannya seorang pemain import akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan negara baru yang disertainya.

Kesukaran dari segi bahasa dan memahami budaya adalah antara cabaran buat pemain-pemain import yang mencari rezeki di luar negara. Contohnya seperti Michael Essien dan Carlton Cole di Persib Bandung yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di Indonesia.

Jika pemain-pemain import dapat menyesuaikan diri dengan budaya setempat, negara tersebut pastinya akan menjadi istimewa di dalam hatinya, seperti Issey Nakajima Farran yang bukan setakat menyukai Terengganu, tetapi menggilai nasi dagang Terengganu.

Itulah yang ditunjukkan oleh bekas penyerang Arsenal dan Bayern Munich dalam video yang disiarkan di laman Twitter peribadinya sebaik sahaja di berhijrah ke Jepun.

Menyertai Vissel Kobe di Liga Utama Jepun, King Poldi nampaknya tidak menunggu lama untuk menarik perhatian peminat-peminatnya di Jepun.

Dalam video tersebut, Poldi dilihat menunjukkan kepakarannya membuat origami, mencantas pokok bonsai, mengamalkan seni bela diri Kendo dan membaca komik Kapten Tsubasa.

Tapi apa yang melucukan apabila Podolski menggabungkan elemen Jepun dan Jerman ketika makan. Dia dilihat menggunakan chopstik dan berpakaian tradisional Jepun tetapi sedang menikmati makanan Jerman, bratwurst.

Nampaknya, Podolski sudah benar-benar bersedia dan akan menarik lebih ramai peminat di Jepun.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply