WWE

#ThankYouTaker: Peminat gusti tangisi persaraan Undertaker

Photo credit: Complex.com

Ketika era gusti yang masih dikenali sebagai WWF, pastinya ramai yang membesar dengan melihat aksi Undertaker bergusti melawan ramai penggusti handalan.

Dari menentang penggusti seperti Hulk Hogan, kemudian ke Attitude era dengan menentang penggusti seperti Triple H, The Rock dan Stone Cold Steve Austin, sehingga ke era WWE, dia bergusti menentang pihak lawan yang lebih muda seperti Brock Lesnar, John Cena dan yang terakhir, Roman Reigns.

Undertaker umum persaraan

Undertaker yang juga dikenali sebagai The Phenom menamatkan kerjayanya sebagai penggusti dan mengumumkan persaraannya selepas perlawanan menentang Roman Reigns di Wrestlemania.

Dalam perlawanan tersebut, Undertaker tewas kepada Roman Reigns dan menjadikan rekod Wrestlemania penggusti tersebut tamat dengan catatan 23 kemenangan, dua kekalahan.

Selepas berakhir perlawanan tersebut, Undertaker meletakkan topi, sarung tangan dan kot panjang yang dipakainya di tengah gelanggang sebagai simbolik mengumumkan persaraannya.

Roman Reigns yang menewaskan Undertaker menyatakan penghargaannya kepada penggusti legenda itu

“Jika anda sudah lama menjadi sebahagian daripada bisnes ini, dan anda tahu, semua orang begitu menghormatinya. Tetapi di akhirnya, anda perlu melakukan apa yang perlu. Sebagai seorang anak muda, seorang lelaki berkeluarga, sebagai penyumbang rezeki, saya perlu ke sana dan berlawan untuk hak saya, dan itu apa yang saya lakukan pada malam ini,” kata Roman Reigns seperti dilaporkan The Sun.

#ThankYouTaker

Peminat dan penggusti membanjiri laman sosial bagi memberi penghargaan kepada penggusti legenda itu di atas khidmatnya kepada dunia gusti selama 25 tahun ini.

Antaranya adalah penggusti seperti Mick Foley, Triple H, Bret Hart dan The Miz.

 

Kesimpulan

Undertaker pastinya akan menjadi seorang legenda yang tidak akan dilupakan. Imejnya yang begitu kelam dan menyeramkan akan menjadi ingatan peminat gusti.

Namun, melihat pada skrip yang sering digunakan oleh WWE, kita tidak boleh berhenti berharap untuk melihat penampilan Undertaker di gelanggang di masa akan datang.

Sama seperti Hulk Hogan, Undertaker akan dikenang sebagai salah seorang dari penggusti terbaik sepanjang zaman. RIP, Dead man.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply