Football

Dickson Nwakaeme bakal kembali ke Pahang?

Dickson Nwakaeme menjadi tunjang kejayaan Pahang menjulang Piala FA dan Piala Malaysia.

Pastinya anda ingat saat di mana pada tahun 2014 di mana Pahang berjaya menjulang trofi Piala FA dan Piala Malaysia.

Ketika itu, Pahang menggunakan khidmat tiga pemain import yang cukup terkenal dan disayangi oleh penyokong Tok Gajah sehingga sekarang.

Dua pemain pertahanan yang cukup kebal, Damion Stewart dan bekas pemain Fulham Zesh Rehman menjadi kubu mempertahankan gawang Pahang dan dua penyerang berbisa Matias Conti dan bekas penyerang Kelantan, Dickson Nwakaeme.

Antara empat tonggak import itu, pastinya yang paling terkenal adalah Dickson Nwakaeme. Gambar penyerang Nigeria itu tular di internet selepas laman web 9gag menyiarkan gambar Dickson yang mempertahan bola dari direbut pemain JDT sehingga bajunya direntap.

Dickson kembali ke Pahang?

Adakah Dickson akan kembali ke Pahang?

Ini bukanlah satu berita yang sahih tetapi jika dilihat pada perbualan di antara Dickson dan Matt Davies di laman instagram milik Matt Davies, pastinya akan timbul satu sinar harapan untuk penyokong Pahang.

Photo credit: Instagram Matt Davies

Matt Davies yang menyiarkan gambar pasukan ketika perlawanan di antara Pahang menentang JDT pada hari Sabtu lalu dihujani komen peminat Pahang dan juga bekas pemain-pemain Pahang.

Antara yang memberi komen pada gambar tersebut adalah Dickson Nwakaeme sendiri.

Dickson pada mulanya sekadar mengucapkan tahniah kepada Matt Davies di atas kejayaan Pahang menewaskan JDT dalam aksi pertama suku akhir Piala FA 2017 yang berlangsun di Stadium Darul Makmur.

Membalas komen Dickson, Matt sengaja berjenaka dan mengatakan bahawa sudah masanya untuk Dickson kembali ke Pahang. Tetapi Dickson membalas dengan menyatakan bahawa dia masih mempunyai banyak yang perlu dicapai bersama kelabnya sekarang.

Membalas jawapan penyerang Angers SCO itu, Matt menyatakan bahawa seluruh penyokong Pahang masih setia menunggu kepulangan Dickson ke skuad Pahang.

Menutup perbualan mereka, ayat terakhir Dickson pastinya boleh membuat penyokong Pahang berharap penyerang berusia 30 tahun itu akan kembali menyarung jersi Tok Gajah.

“Ya, itu perkara bagus. Mari kita lihat bagaimana musim ini berakhir. Tiada perkara yang mustahil,” tulis Dickson kepada Matt.

Dickson sempat berjenaka bersama bekas ketua pasukan Pahang, Razman Roslan dalam ruangan komen tersebut apabila membalas komen Razman yang menyebut Dickson, Zesh Rehman dan Matt Davies sebagai tiga pemain importnya. Dickson membalas dengan menyatakan dia pemain tempatan dan lahir di Port Dickson.

Kesimpulan

Bagaimana pendapat penyokong Pahang? Adakah anda akan gembira jika Dickson Nwakaeme menyarung semula jersi Pahang? Atau pemain import sekarang sudah lebih bagus dari Dickson?

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply