Olympics

Goku dan Naruto dipilih jadi duta Olimpik Tokyo 2020

Photo: Konbini

Tidak cukup dengan gimik semasa majlis penutupan di Sukan Olimpik Rio tahun lalu, Jepun sekali lagi mencipta kejutan apabila mengumumkan watak dari manga yang terkenal di seluruh dunia, Dragonball iaitu Son Goku sebagai duta bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Turut bersama Goku menjadi duta adalah Naruto, Shin Chan, Sailor Moon, Petty Cure, Luffy dan Astroboy yang wajah mereka akan menghiasi semua barangan rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Jepun telah mula bergerak untuk mempromosikan Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung tiga tahun lagi.

Tokyo diumumkan dipilih menjadi tuan rumah pada tahun 2013 dan Sukan Olimpik Tokyo dijangka berlangsung pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020 nanti.

Mungkinkah jika Malaysia menjadi tuan rumah, kita akan melihat watak kartun seperti Usop Sontorian dan Keluang Man menjadi duta?

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply