DivingOlympics

Penerjun Malaysia terlepas pingat acara terjun seirama

Photo credit: hultonarchive.com

Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Juun Hoong terlepas peluang untuk merangkul pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio selepas sekadar menduduki tempat kelima keseluruhan dalam acara terjun seirama 3m papan anjal semalam.

Gandingan Malaysia itu mengumpul 293.40 mata selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Maria Lenk. Gandingan penerjun China Shi Tingmao dan Wu Minxia merangkul pingat emas dengan memungut 345.60 mata sementara Itali merangkul pingat perak menerusi Tania Cagnotto dan Francesca Dallape yang memungut 313.83 mata.

Maddison Keeney dan Anabelle Smith dari Australia merangkul pingat gangsa dengan kutipan mata 299.19

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply