Olympics

Salsa dan samba sambut ketibaan kontinjen Malaysia di Rio

Photo credit: The Malay Mail Online

Jalur Gemilang berkibar megah di perkampungan atlet Olimpik Rio semalam sempena ketibaan 30 atlet Malaysia, jurulatih dan pegawai sambil diiringi atlet dari Angola, Kanada dan Fiji yang turut serta dalam majlis menaikkan bendera.

Pengarah Perkampungan Sukan tersebut, Mario Centi, menyambut ketibaan chef-de-mission, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, yang membuat sedikit penyampaian sebelum Jalur Gemilang dikibarkan disertai bendera Olimpik dan lagu Negaraku dimainkan.

Atlet kebangsaan, diketuai pemenang pingat perak dua kali Olimpik, Datuk Lee Chong Wei, terharu dengan sambutan yang diberikan dan tenaga positif dalam suasana tenang sambil disambut dengan tarian dari kumpulan penari Brazil.

Kontinjen Malaysia akan bertanding dalam 11 acara sukan apabila temasya sukan terbesar dunia itu membuka tirai pada hari Jumaat.

Setakat ini Malaysia telah memenangi enam pingat Olimpik secara keseluruhan sejak menyertai temasya tersebut di Melbourne pada tahun 1956 dan masih belum berjaya merangkul pingat emas.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply