Football

Farisham Ismail perkuat Harimau Kumbang

Photo credit: Facebook Rasmi Penang FA

Selepas mendapatkan Ranti Martins dan Jeong Seok Min, Pulau Pinang berjaya mendapatkan pemain pertahanan Kelantan Farisham Ismail secara pinjaman sehingga akhir musim.

Pemain berusia 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu akan menyarung jersi nombor 60 dan dijangka akan beraksi dalam perlawanan Liga Super menentang T-Team Sabtu ini.

Farisham sebelum ini membuat 72 penampilan dan menjaringkan empat gol untuk Kelantan selepas menyertai pasukan dari Pantai Timur itu dari Telekom Melaka pada tahun 2008.

Pulau Pinang berada di tangga terbawah Liga Super Malaysia selepas hanya mampu menang sekali dari 12 perlawanan selain daripada terlepas kelayakan ke Piala Malaysia musim ini.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply