Football

Wira skuad Piala Dunia New Zealand 2010 sertai Kedah

Photo credit: socceroos.com.au

Pasukan Kedah hari ini mengumumkan bahawa mereka dalam proses mendapatkan pemain New Zealand, Shane Edward Smeltz dari kelab Australia Sydney FCbagi memperkuat barisan serangan mereka.

Pemain berusia 34 tahun itu pernah menjadi sebahagian daripada anggota skuad Piala Dunia 2010 New Zealand dan menjaringkan gol menentang Itali.

Selain Sydney FC, Smeltz juga pernah bermain untuk pasukan AFC Wimbledon di England dan Gençlerbirliği di Turki.

Smeltz merupakan penjaring kedua sepanjang zaman dalam saingan A-League dan pernah memenangi Pemain terbaik Oceania bagi musim 2007-2008.

Pemain yang dilahirkan di Goppingen, Jerman ini telah menjaringkan 24 gol dari 51 penampilan bersama pasukan kebangsaan New Zealand.

Kehadiran Smeltz dalam skuad kenari menimbulkan tanda tanya berhubung kedudukan pemain Brazil, Sandro da Silva yang dikatakan bakal digugurkan akibat kecederaan.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply