Squash

Naffizwan muncul juara skuasy terbuka HKFC

Photo Credit: Zimbio

Juara kebangsaan Mohd Nafiizwan Adnan menjulang kejuaraan antarabangsa keduanya selepas 11 bulan apabila muncul juara Kejohanan Skuasy Antarabangsa Hong Kong Football Club (HKFC) di bangunan HKFC pada hari Sabtu.

Pemain berpengkalan di Manchester itu yang memenangi Kejohanan Klasik Antarabangsa New Zealand pada bulan Jun tahun lepas, menewaskan Paul Coll dari New Zealand 11-6,11-8 dan 11-8 dalam aksi final yang mengambil masa 51 minit.

Mohd Nafiizwan berkata beliau gembira dengan kemenangan di kejohanan tersebut selepas hanya mampu layak ke separuh akhir pada tahun 2013 dan dua kali ke suku akhir, pada tahun 2014 dan 2015.

“Ianya bagus untuk menang kejohanan ini dan tiada kejohanan skuasy untuk tempoh dua minggu,” kata beliau dalam satu klip video yang dipaparkan di laman web skuasy www.squashsite.co.uk

Dalam kategori wanita, pilihan utama dan pemain nombor Sembilan dunia, Joelle King dari New Zealand menewaskan pilihan ketiga Joshna Chinappa dari India 11-9, 11-9 dan 11-9 untuk merangkul kejuaraan pertamanya musim ini.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply